Nureen Sofiya



him

Saturday, 1 July 2017

Image result for him hd tumblr

Assalammualaikum,

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua. Maaf zahir dan batin sekiranya diri ini pernah buat salah dan silap pada anda semua. Moga di hari dan bulan yang mulia ini dapatlah kita sama sama meraikan dengan penuh kesyukuran.
.

Hari ni kita belum nak cerita lagi pasal raya tapi kita nak cerita pasal someone yang saya dah mula sayang hampir 4 tahun. 4 tahun? Bagi aku bukan lah tempoh yang sekejap. Agak lama jugaklah aku simpan perasaan dekat si dia. Nak kata lama memang lama tapi baru hari ni aku nak share dekat semua pasal si dia ni.
.

Nama dia akan dirahsiakan. Umur dia juga akan dirahsiakan. Senang kata hal peribadi ni kita tolak tepi bagi ruang privasi sikit ok. Aku akan cerita dari awal hingga akhir. Tapi mungkin ada certain certain part aku dah lupa dan malas nak ingat. Haha. Hari ni kita chill chill je kita cerita pasal benda gembira.
.

Ok now kita start masuk cerita. Tahu dah tak sabar tu nak tahu kan.
.

First aku jumpa dan kenal dia bila aku dah start masuk sekolah baru. Biasalah sekolah baru. Semua kau akan rasa janggal. Dengan suasana, persekitaran, pergaulan dan macam macam lagi. Jadi benda baru tu pun pernah terjadi dekat aku dan aku alaminya sendiri untuk sementara waktu. Apa orang kata belum panas lagi. Tambahan pula aku ni dari sekolah agama. Bila lalu sebelah ajnabi memang akan tunduk semata. Malu betul bila kekadang bertentangan mata. Kekadang tu nak bercakap pun segan. Sikap tu sampai terbawa bawa sampai ke sekolah baru. Malu malu pada awal tu masih segar lagi. Sampai ada lelaki panggil panggil dekat sebelah pun tak toleh. Sanggup tunggu dia lalu dan dah jauh sikit baru toleh belakang, tengok siapa yang tegur tu. Rupanya member sekolah rendah dulu. Alahai. Sorry lah bro aku memang gini sikit. Bukan sombong oke. [part ni takde kena mengena pun. Tapi just nak bagitahu sikap pemalu ni buat aku tak berapa nak kenal dia sangat. Usha pun dari jauh je. Kekadang bila tak tunduk nampak muka dia mula datang rasa suka. Bila dah suka tengok, nak tengok lagi. Alhamdulillah perasaan malu dengan lelaki tu tak macam dulu dah. Dah boleh ajak bergurau asal tak melampau. Dan ada keyakinan diri nak bercakap. Sebab dah kurang rasa malu bila berhadapan dengan lelaki. Aku yang sedang belajar ni pun ada juga lelaki. Jadi sedikit sebanyak sekolah SMK ni bantu aku jadi diri sendiri yang tak malu dan yakin. Memang part ni takde kena mengena tapi kau akan faham bila kau baca sampai habis. Haha. Sorry kalau sampai habis pu tak faham juga. Anggap je lah itu part bonus untuk korang.]
.

Awal awal kita bagi pengenalan dulu tentang sifat aku. Sebenarnya aku sendiri tak tahu sejak bila lah aku kenal dia ni. Alih alih je dah suka dekat dia, suka je belum sayang lagi. Alih alih je aku dah tahu  nama dia. Tapi tak tahu lah nama full dia. Just dengar je orang panggil dia. Dia bukan lah budak sekelas aku. Aku pernah usha dia dari tingkat kelas aku, dia tengah main bola tampar. Yang main tu ramai tapi boleh pula duk tenung je dia buat apa. Dia ambil bola, dia serve, dia spike. Semua aku perati. Lama juga aku usha dia. Sampai lah cikgu masuk kelas. Huhu
.

Benda remeh ni aku tak nak cerita sangat. Kita cerita benda yang ekstrem sikit baru adventure. Tuihhh taklah adventure mana pun. Kisah seterusnya ni aku dah mula confes dekat diri yang aku sebenarnya dah minat dekat dia ni. Once again, sayang belum lagi tau.
.

Momen yang aku nak ceritakan kejap lagi ni kira momen terindah aku dengan dia lah. Oh gelinya. Momen ni terjadi bila aku dan dia sama sama pergi kem sekolah dekat Mersing. Tempat tu aku tak sure sangat.  Sebelum gerak kesana bas kitaorang ada singgah Econsave dekat Kluang. Dalam Econsave tu pula ada Marrybrown. Masatu waktu petang so perut minta isi setelah berjam jam dalam bas. Aku ke kaunter membuat pesanan. Kebetulan budak kelas aku ada dekat belakang aku. Nak order makanan jugak lah. So dia ni pun ada sebelah budak kelas aku. Aku pun biar jelah budak dua ekor ni. Mase ni tak syok lagi dekat dia. Biasa biasa je. Minat pun sebab suka tengok muka dia. Sejuk mata memandang. Walawei ayat aku. Bila aku dah order dan pesanan aku pun selamat berada di atas pinggan. Duit baki tadi aku letak je atas dulang yang berisi sekali makanan aku. Almaklumlah aku ni kecil je orangnya. Nak ngadap gajah memang kalah dulu jawabnya. Haa mamat mamat hensem belakang aku ni boleh tahan besar dan tinggi juga orangnya. Lepas tu ada hati pula nak main halang halang dengan aku. Memang terjebak sekali lah aku dengan diorang ni. Puas juga aku berusaha nak loloskan diri. Dan akhirnya selamat juga aku blah dari situ. Dia main halang halang dekat situ pun dah nak buat aku jatuh cinta dengan dia tau. Tengah syok aku makan sambil berbual dengan member aku. Elok je tangan seseorang menghulurkan not sepuluh dekat tepi meja aku. Aku angkat muka nak tengok siapa empunya tangan ni. Sekali pandang jodoh saya rupanya. Dia tetap kaku bila aku tenung dia. Aku tanya kenapa tapi dia buat muka bodoh dia. Rupanya aku yang bodoh. Itulah tengok muka dia lama sangat boleh terlupa dia tengah hulur duit aku. Aku pun ambil lepastu ucap terima kasih. Mati mati aku ingat duit aku tercicir dan konon konon dia hero selamatkan duit aku dan bagi pada tuannya. Bersyukur betul dapat hero hensem. Tiba tiba aku teringat peristiwa main halang halang beberapa minit lalu. Dengan nada geram bercampur gembira-teruja-yang-tak-tunjuk-sangat-tu terus teringat yang dia rupanya curi duit aku. Pantas buat kerja ehh. Dia tak tahu ke dia bukan sahaja curi duit aku malah hati aku sekali dia curi. Kena report tok kadi ni kasi cepat sikit majlis kami. Aku tak halalkan benda yang dia curi tu. Dia kena kahwin lah kalau nak benda yang dia curi tu menjadi halal. Pehhh pickupline aku dahsyat ehh malam ni. Terlebih rindu lah ni.
.

Bila dah sampai tempat kem kami, kami diberi nombor untuk menentukan kumpulan. Aku dapat angka satu jadi aku kena pergi kumpulan satu. Alangkah beruntungnya aku bila dapat berkumpulan dengan jodoh. Nampak tak Allah aturkan perjalanan tu cantik je. Cethhhh. Padahal benda alah ni lah yang buat aku menderita bila duk ingat balik kisah lama. Benda yang lepas aku kenang sampai sekarang. Sakit weyh sakit. Nama pun satu kumpulan jadi dari awal aktiviti sampai habis memang sentiasa bersama. Ada juga momen best tapi malas nak cerita.
.

Sampai situ jelah momen indah masa dekat kem. Aku ingat sampai sekarang weyh. Aku selalu lalu jalan ke Kluang tu memandangkan aku seorang pelajar di Politeknik Mersing. Memang itu lah laluannya untuk ke sana. Setiap kali nampak mesti teringat. Sedih betul hidup.
.

Aku pernah kirim salam dekat dia. Malu juga lah. Sebab member aku yang kirimkan salam tu. Alhamdulillah dia balas. Masa ambil result tu aku segan juga. Yelah aku kirim salam dekat dia. Lagi dia dah tahu tu aku. Member aku pun satu hal. Pegi sebut nama aku apahal. Tak ke kantoi namanya. Bijak betul dia ni. Aku geram je masatu. Rasa nak tibai. Bila part sebut nama tu aku dah tak senang duduk. Kejap bangun kejap duduk kejap ke depan kejap ke belakang. Susah hati gila. Nasib mendapat penerimaan yang baik. Tapi masa ambil result SPM bukan hari terakhir aku nampak dia. Hari terakhir aku nampak pada 7/4/2015. Ehh lama tak lama juga lah. Dah rindu tahap gaban dah ni. Cepat sikit lah muncul. Tak kesian dekat aku ke.
.

Dah cuba dah nak move on tapi masih belum berjaya. Doa doa kanlah yang baik baik untuk saya dan si dia. Tak nak letak harapan tinggi pun takut kecewa je nanti. Nak berharap pun tak guna, dia mana nak pandang kita ni. Cuma boleh doa jelah. Itu je yang mampu. Nak confess tak berani takut kena reject awal awal. Friendzoned satu hal. Lagi kecewa aku kalau kena friendzoned. Tak pasal pasal dapat maki je nanti. Nak stalk, dia tak layan media social. Aduhh susah betul nak masuk line dengan dia ni. Dah tak boleh itu ini, kita tunggu jelah apa akan jadi. Ada jodoh ada, takde jodoh dia jodoh orang lain. Merana bhai gini.
.


So ini lah kisah seorang loner. Jangan ingat perempuan lawa semua taken. :]
0 comments


Post a Comment

Say something nice